Majlis Perkahwinan Shajiry Damery Dan Yusnita Yusof 14 Gambar

. Kamis, 26 Desember 2013
Gambar Majlis Perkahwinan Shajiry Damery Dan Yusnita Yusof
Pasangan yang juga merupakan rakan kongsi perniagaan, Shajiry Damery, 39 bersama calon pilihan, Yusnita Yusof, 38 selamat dinikahkah dengan sekali lafaz di Masjid Umar Al-Khattab, Bukit Damansara beberapa jam yang lepas.
Pasangan yang berkenalan selama 8 tahun dan mula serius sejak setahun lalu ini dinikahkan sendiri oleh bapa saudara pihak perempuan iaitu Sahak Bin Mohamad sambil disaksikan oleh Imam Masjid Umar Al-Khattab dan pendaftar nikah Masjid Wilayah, Mohammad Syukri bin Yaaccob.
Majlis pernikahan di antara penyanyi yang pernah popular dengan lagu Hadirlah Kasih dan Orang Kita berlangsung di dalam suasana yang sederhana dengan dihadiri keluarga terdekat bagi kedua-dua belah pihak serta sahabat handai dan juga rakan media.
Yusnita menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 berserta 10 dulang hantaran berbalas 11 dari dirinya dan wang hantaran sebanyak RM 15,000 yang terdiri daripada senaskah al-Quran, jam tangan Armani Exchange, beg bimbit Gucci dan juga kamera Samsung Galaxy.




0 komentar: