Chris Brown Ditahan Bergaduh Depan Hotel

. Minggu, 29 Desember 2013

Washington – Polis menahan bintang pop Chris Brown semalam dan mendakwanya dengan tuduhan menyerang selepas bertengkar di hadapan sebuah hotel terkemuka di Washington.

Jurucakap polis Anthony Clay memberitahu, Brown ditahan kira-kira jam 4.25 pagi ini (waktu tempatan) di hadapan hotel W, berdekatan Rumah Putih.

Brown bersama seorang rakan lelaki bertengkar dengan orang ketiga dan kejadian bertukar ganas, menurut polis.

Brown, 24, dan rakannya ditahan dikaitkan dengan kes serangan.

Lelaki itu dibawa ke hospital dan dirawat kerana cedera dibelasah, kata jurucakap polis semalam dan menambah mangsa cedera di muka.

“Kedua-duanya kini masih ditahan. Lelaki bersama Brown ialah pengawal peribadinya.” katanya.
Brown, bekas kekasih penyanyi pop, Rihanna terkenal dengan sikap panas baran.
Dia ditahan pada Februari 2009 selepas memukul dan mencederakan Rihanna.

Brown mengaku salah di mahkamah dan diminta menyertai program kaunseling dan kerja amal selama lima tahun

0 komentar: