Apa yang Harus Kamu Lakukan Kalo Gak Boleh Melamun di WC

. Kamis, 26 Desember 2013
0 komentar
Yak, kembali lagi di tanya jawab MBDC, tempat kamu bisa bertanya segala macam hal yang pada kehidupan sehari-hari sulit untuk kamu tanyakan ke orang lain, apalagi orang tua kamu. Pertanyaan hari ini datangnya dari @dance_nih:
Perintah apakah yang dimaksud oleh si @dance_nih? Perintah ini:
Whoa! Dilarang melamun di WC?!? Gimana ini? Kita semua tahu bahwa melamun adalah salah satu cara untuk membuang waktu ketika kamu sedang nongkrong di WC. Bila tidak melamun, maka "tongkrongan" kamu akan jadi terasa sangaaat lama.
Tapi sesungguhnya, melamun di WC memang memiliki efek yang kurang baik, karena:
  1. Kamu bisa aja keasikan ngelamun dan gak menyadari bahwa sebenernya kamu udah selesai boker.
  2. Terlalu lama di nongkrong di WC gak bagus loh. Emang kamu gak kebauan sama boker kamu sendiri?
  3. Kasian kalo ada yang ngantri mau pake WC setelah kamu. Siapa tau dia udah kebelet banget dan kamu malah asik nongkrong.
Nah terus gimana dong? Untungnya ada beberapa hal yang bisa kamu lakukan sebagai pengganti melamun di WC.

Baca Komik

Ini merupakan pengganti ngelamun yang sangat tokcer. Membaca komik mengalihkan perhatian kamu selama boker dan ketika komik tersebut selesai, kamu sadar bahwa ternyata boker kamu pun sudah selesai. Jenius! Komik bisa aja sih diganti dengan koran atau majalah, tapi sepertinya kurang asik gitu. Kurang santai. Tetep lebih mantap komik. Namun jangan sekali-sekali kamu mencobanya dengan novel ya. Ntar keasikan terus jatuhnya malah kamu nongkrong lebih lama ketimbang melamun.

Baca Tulisan di Bungkus Shampoo

Kalo kamu kebetulan gak bawa komik, kamu bisa baca tulisan-tulisan yang ada di bungkus shampoo. Lumayan kan tuh kecil-kecil terus berisi semua istilah-istilah yang kamu gak ngerti plus biasanya bahasanya pake bahasa melayu (tergantung shampoo kamu apa sih), jadi bisa bikin kamu ketawa-ketawa dikit. Lumayan laah. Ini lebih instan dari komik, jadi kamu bisa kelar boker lebih cepat.

Ya Udah Sih Boker Aja yang Cepet, Gak Usah Nongkrong

Sebenernya kalo menurut MBDC ini sih hal yang paling bener ya. Kenapa sih kamu suka nongkrong di WC lama-lama? Mendingan kan boker, bratt brott bratt broott, cebok, pake celana, kelar. Ngapain sih lama-lama? Waktu di luar sana masih lebih berguna dan bermanfaat ketimbang digunakan untuk sekedar nongkrong di WC loh. Jangan sampai kamu nanti menyesal karena selama hidup, kamu menghabiskan terlalu lama di WC (tae ah).
Yap, sekian tanya jawab MBDC hari ini. Semoga berguna bagi kehidupan kamu. Sampai jumpa minggu depan!


Read More..

Misteri Sumpahan Lukisan Budak Menangis Dan Boneka Robert

. Rabu, 25 Desember 2013
0 komentar


Misteri Sumpahan Lukisan Budak Menangis Dan Boneka Robert | Sumpahan budak menangis di Yorkshire yang bermula pada September 1985 dikatakan ada kaitan dengan lukisan itu.

Dan ia semakin menjadi-jadi apabila di Britain, versi lukisan itu dicetak secara komersial.

Dalam kebanyakan kes, rumah mangsa kebakaran hangus tetapi lukisan itu selamat. Kini, masyarakat Yokshire tidak lagi menyimpan potret budak menangis itu.

Bagaimanapun, baru-baru ini, selebriti Steve Bunt yang mengendalikan rancangan Punt PI di Radio 4 di Britain mendedahkan rahsia di sebalik lukisan itu.

Menurut Punt, dia telah melakukan ujian di Building Research Establishment iaitu sebuah makmal berhampiran Watford yang melakukan ujian kebakaran bagi tujuan penyelidikan.

Hasilnya agak mengejutkan. Api hanya membakar bahagian tepi beberapa keping lukisan budak menangis itu. Rahsianya? Lukisan itu diletakkan secara terbalik atau menghadap lantai sekali gus melindunginya daripada asap dan haba panas.

Sebuah lagi karya yang dianggap berhantu ialah sebuah lukisan yang dinamakan The Hands Resist Him. Ia dihasilkan pada tahun 1972 oleh seorang pelukis dari Oakland, California, Amerika Syarikat, Bill Stoneham.

Ia lukisan seorang budak lelaki berdiri di sebelah anak patung perempuan di hadapan pintu berpanel kaca yang berlatarbelakangkan tangan-tangan melekap di pntu kaca.

Menurut Stoneham, budak lelaki itu ialah dirinya sewaktu berumur lima tahun manakala laluan pintu merujuk kepada garisan pemisah antara realiti dan mimpi.

Anak patung itu pula digambarkan sebagai pembimbing budak lelaki itu untuk melalui pintu di belakang mereka itu.

Lukisan itu diposkan untuk dilelong menerusi laman eBay pada Februari 2000 dan tiba-tiba menjadi terkenal kerana misterinya.

Bakal pembeli mendakwa karakter di dalam lukisan tersebut bergerak pada waktu malam dan kadangkala meninggalkan lukisan tersebut dan masuk ke dalam bilik yang mempamerkannya.

Terdapat beberapa bukti bergambar yang menunjukkan anak patung perempuan itu mengancam budak lelaki itu menggunakan pistol yang dipegangnya, sekali gus menyebabkan budak lelaki itu melarikan diri dengan keluar daripada lukisan itu.

Namun, ada pendapat mengatakan alat seperti pistol itu tidak lebih daripada sebutir bateri dan lilitan wayar.

Menurut Stoneham, terdapat seorang pemilik galeri dan seorang pengkritik seni, mati dalam masa setahun selepas berurusan dengan lukisan itu.

Lukisan itu memulakan bidaan pada harga AS$199 (RM616) sebelum terjual pada AS$1,025 (RM3,177) selepas diburu oleh hampir 30 penggemar seni lukisan. :sumber internet
Read More..

GAMBAR Bila Empat ‘Barbie Doll’ Bertemu Di Rusia

.
0 komentar

Nampaknya semakin ramai ‘Barbie doll’ jelmaan manusia ini wujud di seluruh dunia.
Rupa mereka nampak sama saja, tetapi ada yang okay dan ada yang nampak pelik juga.
Apa yang menarik mereka ini seperti berhubung diantara satu sama lain, seperti ada komuniti.
Misalnya, ada empat orang ‘barbir doll’ ini sepakat untuk berjumpa di Rusia.
Lihat foto mereka di bawah ini.
2
3
4
5
6
Oleh: KASIH ISA

Read More..

Awas Sindiket pelacuran beroperasi di Internet

.
0 komentar

SELASA, 17 APRIL 2012



KUALA LUMPUR - Sindiket pelacuran yang beroperasi menggunakan Internet dikesan turut menyediakan borang khusus bagi merekrut wanita tempatan untuk dijadikan pelacur dengan menawarkan pakej sepenuh atau separuh masa dengan syarat cukup mudah.

Bagi wanita yang berminat, mereka perlu mengisi borang berkenaan dengan menyertakan nama, gambar muka dan saiz ukuran badan, gaya rambut, warna kulit, alamat dan nombor telefon yang boleh dihubungi.

Selepas gadis yang rambang mata dan berfikiran singkat mengisi serta menghantar ‘borang ke neraka’ itu ke alamat e-mel tertera, ahli sindiket akan menghubungi, seterusnya menawarkan pakej disediakan tanpa perlu bertemu.

Jika persetujuan dicapai, wanita berkenaan perlu menunggu panggilan telefon daripada ahli sindiket terbabit yang mencarikan pelanggan sebelum mengarahkan wanita itu pergi ke mana-mana hotel atau rumah yang dipilih pelanggan.

Sindiket itu menggunakan laman web yang pelayannya beroperasi di luar negara turut mempromosi pelacur dengan pakej mengikut kategori tertentu iaitu pelajar, gadis luar negara, suri rumah, setiausaha dan pekerja pejabat pada harga RM100 hingga RM4,000 sejam mengikut selera pelanggan.
Read More..

Dalang Bawa Masuk Senjata Dikenal Pasti

.
0 komentar
Dalang Bawa Masuk Senjata Dikenal Pasti

PUTRAJAYA – Polis telah mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab membawa masuk senjata api ke negara ini berikutan kejayaan pasukan khas merampas sejumlah senjata api dalam tempoh dua minggu ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan senjata api itu dibawa masukdari negara jiran.
“Mana ada senjata banyak seperti itu di sini. Kalau ada di sini semua didaftar. Ia mesti datang dari negara lain,” katanya kepada pemberita selepas sidang media khas sempena sambutan Hari Pahlawan 2013 di sini, Isnin.
Bagaimanapun, katanya maklumat mengenai jumlah rampasan akan dimaklumkan kelak.
Menurutnya, pasukan khas itu ditubuhkan susulan banyak kes bunuh menggunakan senjata api akhir-akhir ini.
Katanya, polis memandang serius kes tembakan yang sering berlaku akhir-akhir ini termasuk kes tembak pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch R. Sri Sanjeevan di Jempol, Negeri Sembilan Sabtu lepas.
Mei lepas, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin yang ketika itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman memberitahu Bernama, pasukan khas itu diketuai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat Bukit Aman, Datuk Huzi Mohamed. – BERNAMA
Read More..

Tak mudah tawan P Pinang Tau tak per

. Selasa, 24 Desember 2013
0 komentar
Tak mustahil, tapi tak mudah tawan P Pinang

  • Susan Loone
  • Malaysiakini  Feb 5 2013
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyuarakan keyakinannya bahawa prestasi Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang dalam pilihan raya kali ini akan lebih baik daripada 2008.

Secara berjenaka beliau memberitahu satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini bahawa ianya tidak mustahil, tetapi bukan mudah.

NONE"Kami mahu jujur tentang hal ini kerana terdapat pihak yang mungkin berfikir bahawa kita angkuh," katanya.

"Kita bekerja kuat tetapi pihak pembangkang pun buat macam-macam yang membawa kesan," katanya sambil menambah di Pulau Pinang terdapat juga masalah seperti perumahan dan tanah.
Muhyiddin juga membidas Ketua Menteri Lim Guan Eng yang didakwanya memonopoli perkataan Pulau Pinang, dengan berkata Lim datang dari Melaka tetapi mahu memonopoli negeri itu, manakala rakyat tidak boleh melakukannya.

Katanya, berdasarkan kaji selidik BN di setiap kawasan, terdapat perubahan yang jelas di kalangan pengundi berbanding masa lalu di mana gabungan itu kehilangan beberapa kerusi.

Beliau menegaskan bahawa terdapat "kesedaran baru" bahawa sokongan rakyat mula kembali kepada BN.

"Pada masa lalu, kita kalah bukan kerana pembangkang (Pakatan Rakyat) kuat tetapi terdapat isu-isu dalaman dalam kawasan pilihan raya yang kini telah diselesaikan," katanya.

"Terdapat juga perkembangan baru dan inisiatif oleh kerajaan persekutuan selaras dengan pelan transformasi pada tahun lalu, termasuk memberi bantuan kepada kumpulan sasaran yang benar-benar memerlukan bantuan," katanya.

"Jadi mereka melihat bahawa BN benar-benar mahu membantu dengan ikhlas untuk meringankan beban mereka, sebagai contoh, memberi bantuan kepada kanak-kanak sekolah," tegas beliau.

Malah, tambahnya, inisiatif tersebut digeruni pembangkang tetapi ia diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, "jadi kita lihat ada peningkatan dalam sokongan bagi BN."

Muhyiddin dalam rangka lawatan sehari bekerja ke Pulau Pinang hari ini, di mana beliau telah diberi taklimat oleh BN negeri mengenai status semasa persediaan gabungan itu untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.
Read More..

Perompak Menyamar Polis Samun Hari Merdeka

.
0 komentar

KEJADIAN perompak, penyamun, perogol dan penjenayah menyamar sebagai anggota polis kini semakin kerap pula dilaporkan berlaku. Jika di laman sosial Facebook, ada sahaja video atau kisah dikongsikan mengenai suspek yang menyamar sebagai anggota polis ditahan.

Di laman Facebook Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia dikongsikan sebuah kisah yang dihantar oleh seorang pengunjung setia laman itu tentang kejadian rompak melibatkan taktik penyamaran ini berlaku.

Kes berlaku pada 31 Ogos lalu kira-kira pukul 11 malam di kawasan kediaman berhampiran Pasar Besar Gombak.

CERITA PENGUNJUNG BERKENAAN

Minggu lepas keluarga rakan saya yang saya gelarkan T dirompak oleh dua lelaki yang menyamar sebagai polis dan ingin memeriksa rumah T. Insiden berlaku pada kira-kira pukul 11 malam pada 31 Ogos.

Selepas berjaya memasuki rumah T, mereka mengumpulkan semua empat orang ahli keluarga T iaitu tiga wanita dan seorang lelaki serta diikat di dalam sebuah bilik.

Kemudian, penyamun mula menggeledah rumah T untuk mencari barang-barang berharga. Salah seorang suspek mengheret ibu T ke dalam sebuah bilik lain dan memaksa wanita itu memberitahu di mana semua barang berharga disimpan.

Oleh kerana mereka begitu terkejut, tidak ada seorang pun dari ahli keluarga T yang dapat mengecam jenis kenderaan yang digunakan dua lelaki itu.

Menurut mangsa, perompak itu mempunyai badan yang tegap seperti mereka yang selalu bersenam di gimnasium.

Saya ingin berpesan kepada semua rakyat Malaysia supaya berhati-hati jika didatangi lelaki yang mengaku diri mereka sebagai polis dan meminta izin untuk memasuki rumah, periksa kenderaan mereka, kad kuasa mereka dan juga waran mereka.

Antara barangan yang disamun oleh perompak dalam kejadian itu ialah barangan kemas bernili RM15,000, sebuah iPad dan dua telefon pintar.

Laman Facebook berkenaan turut berpesan kepada orang ramai jika didatangi mereka yang mencurigakan, minta dari mereka kad kuasa mereka sebagai polis atau terus telefon ke nombor kecemasan 999.

Jika ada pegawai polis kerap meronda kawasan anda, kenali mereka dan dapatkan nombor telefon mereka supaya mereka senang untuk dihubungi.

Turut dikongsikan paparan satelit di mana lokasi insiden rompakan itu berlaku.

OLEH : IBNU K
Read More..