Tampilkan postingan dengan label misteri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label misteri. Tampilkan semua postingan
Misteri Payudara Wanita Berulat Terjawab
Label: berulat, misteri, payudara, terjawab, wanita
Ketika itu Susan McKinley baru saja pulang dari ekspedisi di Amerika Selatan, dia merasakan ada rasa aneh di payudara sebelah kirinya, dia tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku keatas payudaranya itu. Dalam fikirannya berharap rasa aneh itu akan hilang dengan sendirinya.
Namun setelah beberapa hari, rasa aneh di payudaranya bukannya hilang malahan berubah menjadi sakit. Dia pun membuat keputusan untuk membuat pemeriksaan doktor. Doktor memberinya antibiotik dan krim khusus tanpa dapat memberi penjelasan kelainan apa yang sedang ditanggungnya. Setelah sekian lama rasa sakitnya tidak juga hilang dan payudaranya terasa semakin panas dan mulai berdarah.
Bagaimanapun rasa sakitnya makin bertambah, ia mulai mencari doktor yang terbaik. Dr.Lynch doktor terbaik itu pun tidak dapat mengesan infeksi apa yang terjadi. Dia meminta Susan untuk mencari temannya seorang ahli dalam bidang dermatologi. Malangnya ahli dermatologi itu sedang makan angin ke luar negara. Susan menunggu selama 2 minggu hingga akhirnya dapat bertemu dermatologist tersebut. Dan kejadian yang membuat bulu roma meremang pun terjadi, ketika Susan diminta membuka bra payudaranya.

Susan terkejut bukan kepalang ! setelah ia membuka bra nya, kelihatan larva ulat tumbuh dan bersarang dalam pori-pori luka payudaranya. Sesekali mahluk jahat ini masuk dalam pori-pori dan muncul lagi di lubang sebelahnya. Larva ulat ini telah memakan lemak, lapisan kulit dan susu
payudaranya ! hingga membuatkan banyak lubang-lubang kecil pada payudaranya ! perghhh... Berita ini pun terus berkembang menjadi banyak versi yang menakutkan. Dan mungkin anda juga telah terbaca dan melihat nya di akhbar, di laman web ,di video youtube dan juga di Blog-blog yang memang gemar berita sebegini.
Namun Tahukah Anda? Ternyata khabar yang sudah tersebar luas di dunia maya sejak tahun 2003 ini, hanyalah berita dan gambar bohong belaka. Kisah di atas hanyalah palsu dan gambar yang sebenarnya adalah tinjauan pengolahan kreatif payudara dan biji bunga teratai. Sedangkan nama Susan McKinley sengaja ditambahkan untuk memperkuat pembohongan ini. Demikianlah pendedahan dan keterangan sebenar dari urbanlegends.about.com.

Inilah gambar biji bunga teratai yang ditambahkan dalam gambar payudara (menggunakan photoshop)
Ulasan alamcyber2020 - Awas ! Jangan mudah percaya pada berita di dunia maya sebelum cross cHeck ke sumber yang lain.. Namun positifnya berita ini boleh membuatkan para wanita lebih berhati-hati lagi menjaga kebersihan dan kesehatan payudaranya.
Misteri Sumpahan Lukisan Budak Menangis Dan Boneka Robert
Label: boneka, budak, dan, lukisan, menangis, misteri, robert, sumpahan
Misteri Sumpahan Lukisan Budak Menangis Dan Boneka Robert | Sumpahan budak menangis di Yorkshire yang bermula pada September 1985 dikatakan ada kaitan dengan lukisan itu.
Dan ia semakin menjadi-jadi apabila di Britain, versi lukisan itu dicetak secara komersial.
Dalam kebanyakan kes, rumah mangsa kebakaran hangus tetapi lukisan itu selamat. Kini, masyarakat Yokshire tidak lagi menyimpan potret budak menangis itu.
Bagaimanapun, baru-baru ini, selebriti Steve Bunt yang mengendalikan rancangan Punt PI di Radio 4 di Britain mendedahkan rahsia di sebalik lukisan itu.
Menurut Punt, dia telah melakukan ujian di Building Research Establishment iaitu sebuah makmal berhampiran Watford yang melakukan ujian kebakaran bagi tujuan penyelidikan.
Hasilnya agak mengejutkan. Api hanya membakar bahagian tepi beberapa keping lukisan budak menangis itu. Rahsianya? Lukisan itu diletakkan secara terbalik atau menghadap lantai sekali gus melindunginya daripada asap dan haba panas.
Sebuah lagi karya yang dianggap berhantu ialah sebuah lukisan yang dinamakan The Hands Resist Him. Ia dihasilkan pada tahun 1972 oleh seorang pelukis dari Oakland, California, Amerika Syarikat, Bill Stoneham.
Ia lukisan seorang budak lelaki berdiri di sebelah anak patung perempuan di hadapan pintu berpanel kaca yang berlatarbelakangkan tangan-tangan melekap di pntu kaca.
Menurut Stoneham, budak lelaki itu ialah dirinya sewaktu berumur lima tahun manakala laluan pintu merujuk kepada garisan pemisah antara realiti dan mimpi.
Anak patung itu pula digambarkan sebagai pembimbing budak lelaki itu untuk melalui pintu di belakang mereka itu.
Lukisan itu diposkan untuk dilelong menerusi laman eBay pada Februari 2000 dan tiba-tiba menjadi terkenal kerana misterinya.
Bakal pembeli mendakwa karakter di dalam lukisan tersebut bergerak pada waktu malam dan kadangkala meninggalkan lukisan tersebut dan masuk ke dalam bilik yang mempamerkannya.
Terdapat beberapa bukti bergambar yang menunjukkan anak patung perempuan itu mengancam budak lelaki itu menggunakan pistol yang dipegangnya, sekali gus menyebabkan budak lelaki itu melarikan diri dengan keluar daripada lukisan itu.
Namun, ada pendapat mengatakan alat seperti pistol itu tidak lebih daripada sebutir bateri dan lilitan wayar.
Menurut Stoneham, terdapat seorang pemilik galeri dan seorang pengkritik seni, mati dalam masa setahun selepas berurusan dengan lukisan itu.
Lukisan itu memulakan bidaan pada harga AS$199 (RM616) sebelum terjual pada AS$1,025 (RM3,177) selepas diburu oleh hampir 30 penggemar seni lukisan. :sumber internet