Tampilkan postingan dengan label pasti. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pasti. Tampilkan semua postingan
PASTI kini jadi pilihan masyarakat
Label: jadi, kini, masyarakat, pasti, pilihanHarakahdaily
| Rizal Tahir, | 18 Sep 2012 |
(Ustaz Mohamad Mustafa menyampaikan piala kepada wakil Pasti Selangor sebagai juara keseluruhan.)
PENGKALAN CHEPA: Permintaan masyarakat bukan Islam terhadap pendidikan pra sekolah Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti), begitu membanggakan kerana penekanan pendidikan akhlaknya.
Ketua Pengarah Jabatan Pasti Malaysia, Haji Hassan Haji Ahmad, berkata, pelbagai kaum di negara ini sama ada India, China malah yang beragama kristian juga turut berminat menghantar anak-anak mereka di Pasti.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penutup Alam Ria Pasti Malaysia 2012, di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini semalam.
Menurutnya, lebih membanggakan beberapa orang masyarakat bukan Islam khususnya di Perak memohon Pasti khas dibuka untuk mereka.
“Mereka memerlukan pendidikan akhlak, mereka yakin pendidikan akhlak yang kita didik telah mempengaruhi kanak-kanak khususnya bila memasuki tahun satu.
“Inilah kejayaan kita, kerana itu mereka meminta kelas Pasti khas untuk mereka, tanpa mengajar hafazan sebaliknya menekan akhlak dan adab-adab sopan yang lain,”ujarnya.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau memberitahu pelbagai pembaharuan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menjayakan hasrat pendidikan Pasti menjadi pilihan nombor satu masyarakat Malaysia.
Katanya, antara lain penubuhan Nurul Quran tahun hadapan sebagai kaedah terbaru belajar al-Quran selain qiraati atau iqra’.
“Buku ini telah dicetak untuk digunakan tahun hadapan,”ujarnya.
Kelantan tahun ini diberi peluang menjadi tuan rumah Alam Ria Pasti peringkat Malaysia.
Sementara itu, Pasti Negeri Selangor muncul johan keseluruhan sempena alam ria itu.
Selangor dipilih sebagai juara memandangkan beberapa acara pertandingan lain telah menduduki tempat kedua dan ketiga selain johan dalam pertandingan deklamasi puisi pelajar perempuan.
Dalang Bawa Masuk Senjata Dikenal Pasti
Label: bawa, dalang, dikenal, masuk, pasti, senjataPUTRAJAYA – Polis telah mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab membawa masuk senjata api ke negara ini berikutan kejayaan pasukan khas merampas sejumlah senjata api dalam tempoh dua minggu ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan senjata api itu dibawa masukdari negara jiran.
“Mana ada senjata banyak seperti itu di sini. Kalau ada di sini semua didaftar. Ia mesti datang dari negara lain,” katanya kepada pemberita selepas sidang media khas sempena sambutan Hari Pahlawan 2013 di sini, Isnin.
Bagaimanapun, katanya maklumat mengenai jumlah rampasan akan dimaklumkan kelak.
Menurutnya, pasukan khas itu ditubuhkan susulan banyak kes bunuh menggunakan senjata api akhir-akhir ini.
Katanya, polis memandang serius kes tembakan yang sering berlaku akhir-akhir ini termasuk kes tembak pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch R. Sri Sanjeevan di Jempol, Negeri Sembilan Sabtu lepas.
Mei lepas, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin yang ketika itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman memberitahu Bernama, pasukan khas itu diketuai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat Bukit Aman, Datuk Huzi Mohamed. – BERNAMA