Tampilkan postingan dengan label tidur. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tidur. Tampilkan semua postingan
Mengapa Ayah Tidur Dengan Ibu Lagi
Label: ayah, dengan, ibu, lagi, mengapa, tidurBagi generasi kelab 40, masih ingatkah akan cerita Atan (bukan nama sebenar) yang disuruh ayahnya ke kedai pada suatu petang untuk beli ikan bilis?
Tujuan si ayah bukanlah kerana hendakkan ikan bilis tetapi kerana mahu privacy untuk beraktiviti dengan isterinya tanpa gangguan.
Atan yang meragui helah ayahnya, mengatur rancangan sulit. Dia tidak ke kedai tetapi menunggu di bawah rumah untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya.
Dan apabila aktiviti ayah dengan ibunya bermula, dia menghafal dialog mereka yang dicuri dengar dari bawah rumah.
Kemudian, apabila ditanya ayahnya mengenai ikan bilis yang disuruh beli, dari mulut Atan yang tergagap-gagap ketakutan, terhambur keluar semua dialog yang didengarnya tadi.
Ayahnya naik angin lalu menempeleng Atan hingga songkoknya jatuh ke lopak. Apabila dimarah ayahnya, mengapa dia tidak segera ambil songkok itu, Atan menjawab: “Biarlah rendam lama-lama, bukan nak reput!”
Lagilah si ayah menyinga.
Saya tidaklah mahu menitipkan semua dialog 40SX daripada cerita Atan dengan ayahnya. Cerita rakyat ini saya ulang sekadar untuk membangkitkan nostalgia bagi generasi kelab 40 di samping boleh jadi peringatan supaya kita lebih hati-hati. Pastikan pintu bilik berkunci, tidak ada lubang dan juga kawal bunyi-bunyian!
Ibu bapa memang perlu asingkan anak-anak paling lewat apabila usia mereka mencecah tujuh tahun. Bukan sahaja pisahkan tempat tidur dengan ibu bapa, malahan juga sesama mereka yang berbeza jantina.
Sebab itulah, kerajaan sejak 15 tahun lalu menetapkan polisi supaya setiap rumah kos rendah perlu sekurang-kurangnya mempunyai tiga bilik iaitu bilik untuk ibu bapa, anak lelaki dan anak perempuan. Ini berbeza dengan amalan tahun-tahun sebelum itu yang mana hampir kesemua rumah kos rendah terutama rumah pangsa hanya mempunyai dua bilik.
Namun hendak pisahkan anak kecil dari tempat tidurnya dengan ibu bapa bukan sesuatu yang mudah. Gunalah apa juga helah atau umpan sekalipun, tetap tidak mudah untuk mereka ikut, apa lagi si bongsu. Selagi tidak mempunyai adik, selagi itulah dia tetap mahu tidur di bawah ketiak ibunya.
Seorang kawan pernah beri komen menarik ketika kami bersembang hal itu, “macam mana nak ada adik kalau selalu line tak clear?”
Itulah dilema kebanyakan ibu bapa!
Itulah dilema kebanyakan ibu bapa!
Berbanding dengan zaman kita kanak-kanak dahulu yang lazimnya mudah sahaja mengangguk apabila disuruh melakukan sesuatu, anak-anak pada zaman kereta hybrid ini sebaliknya cenderung untuk menyoal ataupun menuntut alasan jika mereka dilarang atau diberi sesuatu arahan.
Dan ini bukan hanya melibatkan anak-anak yang berusia belasan, yang sudah menginjak umur remaja malah yang lebih muda pun juga tidak segan silu mahukan alasan yang logik apabila diminta tidur berasingan daripada ibu bapa.
Seorang kawan menceritakan akan hal anak bongsunya yang sudah berusia lapan tahun tetapi masih mahu tidur bersama ibu ayah. Apabila diminta tidur di bilik berasingan, dia menyoal ibu ayahnya, mengapa dia tidak boleh lagi tidur bersama mereka?
Maka dijawab oleh si ibu: “Tak bolehla… adik kan dah besar. Orang besar tak boleh tidur dengan ibu lagi. Tengok abang dengan kakak masing-masing ada bilik sendiri. Adik pun kena tidur bilik adik sendiri jugak.”
Si ibu, juga ayahnya menjangka mereka sudah beri jawapan yang paling tepat, paling logik dan tidak boleh ditolak lagi oleh si bongsu.
Namun dengan tidak disangka, si anak yang rupa-rupanya masih tidak berpuas hati sebaliknya berkata:
“Kalau orang besar tak boleh tidur dengan ibu, ayah tu, sudah besar gajah pun mengapa masih nak tidur dengan ibu lagi? Mengapa ayah boleh, adik tak boleh?”(MUHAMAD MAT YAKIM, Sinar Harian).
Manfaat tidur tanpa bantal
Label: bantal, manfaat, tanpa, tidurBantal sudah termasuk kebutuhan pokok saat kita tidur. Di Indonesia ini malah harus ditambah guling. Ya, tanpa bantal dan guling, rasanya tidur belum afdol.
Bagaimanapun, tidur dengan bantal bukan berarti jadi satu-satunya solusi mendapatkan kualitas tidur yang enak. Terkadang, bila salah posisi bantal bisa membuat leher kita sakit ketika bangun. Akhirnya, banyak orang memilih untuk tidur tanpa bantal sama sekali.
Sesungguhnya, tidur tanpa bantal ternyata memiliki banyak manfaat. Apa saja manfaat tidur tanpa bantal? Berikut diantaranya.
Orang yang tidak menggunakan bantal mempunyai kesempatan yang rendah untuk mendapatkan kerutan pada wajah dan ciri yang tidak menarik lainnya. Alasannya adalah, mereka yang tidak menggunakan bantal tidak menekankan wajahnya pada bantal yang dapat menyebabkan kerutan-kerutan pada wajah.
Tidur tidak menggunakan bantal dianggap metode yang paling sehat karena memberikan keuntungan kepada tulang punggung seseorang. Tidur menggunakan punggung memperbolehkan tulang punggung untuk sepenuhnya beristirahat dengan lekukan tubuh yang natural pada tempatnya. Ketika kita tidur dengan menggunakan bantal yang tebal, tulang punggung mengalami perubahan lokasi dan anda mungkin mengalami sakit punggung keesokan pagi. Jadi, tidur dengan tidak menggunakan bantal adalah obat terbaik untuk sakit punggung.
Apabila ingin mendapatkan tidur yang berkualitas, disarankan untuk menyingkirkan bantal anda karena dapat menghalangi tidur. Sebenarnya, kebanyakan orang tidak menggunakan bantal yang sesuai dan mereka tidak mendapatkan tidur yang cukup pada malam hari. Tidur tidak menggunakan bantal dapat memastikan kualitas tidur yang baik, karena tubuh ada pada level normal dan tidak tinggi seperti menggunakan bantal.
Tidur menggunakan bantal adalah sumber utama dari sakit pundak dan leher. Meskipun masih disarankan untuk melakukan pemanasan (stretching) dan menggunakan pemanas, metode yang terbaik adalah menhindari sakit yang tidak enak ini lewat tidur tidak menggunakan bantal.