Nama Anak SayaTengku Cleopatra Haidar Tiada Kaitan Dengan Ratu Firaun – Que Haidar

. Kamis, 06 Maret 2014

Pastinya anda semua mengetahui yang nama anak perempuan Que Haidar dan Linda Jasmine ialah Tengku Cleopatra Haidar. Anak kedua pasangan ini telah dilahirkan pada bulan April lepas. Pemberian nama Cleopatra telah menimbulkan persoalan kepada orang ramai kerana ianya dikaitkan dengan nama seorang ratu Firaun.
tengku cleopatra haidar
Namun Que Haidar yang telah ditemui oleh wartawan Mstar Online memberitahu yang persoalan tersebut adalah tidak masuk akal sama sekali. Menurut Que, nama tersebut telah dipilih daripada bahasa Greek yang menggambarkan seorang wanita cekal dan berkepimpinan tinggi. Kata Que:-
Semasa membuat pemilihan nama itu saya dan isteri langsung tidak terfikir tentang kaitan nama itu dengan seorang ratu Firaun sebaliknya lebih tertumpu kepada gambaran seorang wanita yang tabah dan cekal dalam kehidupannya. Apabila orang mengatakan saya memberi nama yang tidak elok kepada anak, ia satu tuduhan yang tidak betul. Ibu bapa tidak akan berbuat demikian malah kita sentiasa mahukan yang terbaik buat zuriat kita.
tengku cleopatra
Pemilihan nama Cleopatra telah dilakukan oleh Que dengan persetujuan daripada isterinya sendiri. Bagi Que, apa yang penting ialah didikan yang diberikan mampu menjadikan anaknya mempunyai pegangan agama yang kuat. Kata Que:-
Saya sendiri yang iqamatkan anak-anak saya dan mereka adalah seorang Islam. Apa yang lebih penting bagaimana anak-anak saya dibesarkan dan bukannya pada nama.

0 komentar: